KEK MOIST KUKUS





Assalammualaikum dan selamat pagi semua, sape yang tak suke dengan rasa coklat kan, 
terutamanya kanak-kanak, tu yang membuatkan ros selalu buat kek 
coklat kukus ni, lagi sedap rasanya bila kita simpan dalam peti ais 
semalaman baru makan, makan sejuk-sejuk, minum pula segelas susu segar,
 amatlah sesuai, resepi biasa je, cuma ros tambahkan setengah cawan susu 
pekat manis bagi menambahkan rasa susu di dalam adunan kek coklat ni, 
resepi boleh rujuk di bawah ni ye, kalau nak bakar pun boleh, 
tapi ros lebih prefer di kukus, kerana teksturnya lagi moist dan lembut. : )



Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak 
1 cawan gula
1 cawan air suam 
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur 
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 
1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler,
 kemudian curah pada kek 
yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  
baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, 
pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit
 berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk
 kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat 
dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet,
 curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan
 alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan 
kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment